Anda Klik Saya Suka.. :)

Monday, October 15, 2012

Kisah Analogi Kehidupan

Sekadar berkongsi... Saya amek idea cerita ni dari blog BaitulMuslim..


 Pada suatu hari, seorang ibu sedang mengait sulaman dengan penuh teliti. Memang si ibu mempunyai kepakaran dalam mengait sulaman. Berbagai-bagai objek yang dikait pada kain sulaman tersebut. Sedang si ibu leka menyulam, datang si anak menghampiri ibunya. Memandangkan si ibu duduk di atas kerusi, si anak duduk bersila di atas lantai dan memaksa si anak untuk mendongak ke atas sekiranya ingin memandang atau bercakap dengan ibunya. Semasa memandang pada kain sulaman, si anak mulai hairan apabila melihat benang-benang
berselirat di bahagian bawah kain sulaman. Lalu, si anak mula bertanya ibunya, "Ibu, apa yang ibu sedang lakukan?" Pada fikiran si anak, si ibu hanya menghasilkan corak yang begitu buruk dan tidak berfaedah. Namun, si ibu hanya tersenyum dan meminta anaknya bersabar menunggu hasilnya.

Akhirnya, hasil sulaman si ibu telah pun siap. Begitu indah hiasan bunga, pokok dan rama-rama yang berwarna warni. Terpegun si anak melihat betapa cantiknya gambar yang di atas kain sulaman berbanding benanag-benang yang berselirat pada bahagian bawah. Si ibu mula berkata. "Wahai anakku, manusia yang berada di bawah selalu melihat banyak cabaran, rintangan dan kekusutan dalam kehidupan tanpa melihat hikmahnya. Sebaliknya, manusia lupa bahawa ada suatu pandangan yang DI ATAS iaitu Allah SWT yang sedang menyulam kehidupan kita dengan begitu teratur dan sempurna...."


Betulkan... kadang2 kita lupa nak bersyukur dengan hidup kita yang indah ni .. :(




No comments:

Post a Comment