Assalamualaikum...
Opick - Taubat
Terdengar lagu Taubat by Opick.. Pastu terbaca pulak blog UiTM Kedah mengenai taubat kepada Allah dan bermaaf-maafan sesama manusia.. Dalam blog tu, ada tertulis mengenai satu hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud:
“Kezaliman
itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah.
Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak
ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah
syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya
dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di
antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih
dulu.”
Dosa manusia kepada Allah terdiri daripada dosa besar dan dosa kecil. Mendekatkan diri kepadaNya dengan cara beristigfar dan beribadat serta bertaubat perlu dilakukan oleh semua manusia. Kenapa? Kerana manusia tidak pernah terlepas dari melakukan salah, khilaf dan dosa. Sayangnya Allah pada kita kan.. Bila kita buat salah, Dia dah bagitahu dalam Al-Quran cara untuk diampunkan dosa...Tapi, kenapa manusia susah nak memberikan kemaafan sesama manusia?
Kadangkala, kita terguris dengan kata-kata yang dilontarkan oleh orang lain... Kadangkala, kita terlalu sensitif untuk menerima sesuatu teguran... dan Kadangkala, kita lebih suka menggunakan emosi daripada akal dalam menilai sesuatu perlakuan atau bicara orang lain... Tanpa kita sedari, kita kalah dengan hasutan syaitan dan menyimpan perasaan dendam dan ketidakpuasan hati.. Seterusnya mengharapkan pelaku tersebut memohon maaf kepada kita.. Sedarkah kita bahawa memberikan kemaafan itu terlalu indah? Banyak hikmahnya memberikan kemaafan kepada orang lain.. Antaranya :
- Hati dan perasaan menjadi lebih tenang
- Wajah lebih berseri-seri
- Menyembuhkan penyakit, terutamanya penyakit hati
- Wujud sifat kasih sayang
- Doa lebih mudah dimakbulkan
- Mudah untuk bekerjasama
- Disenangi orang ramai
- Rezeki lebih murah
- Dihormati orang lain
- Hidup lebih bahagia
Subhanallah... Indahnya kemaafan... Tapi bagaimana nak belajar untuk memaafkan? Jawapannya :
Buang sikap ego..Ingat kebaikan yang pernah dia lakukan untuk kita.. Kerana di sebalik kelemahannya, pasti ada sejuta kebaikan yang tersembunyi..Sekiranya masih sukar, Berdoalah kepada Allah..Mohon diberikan petunjuk dan jalanNya.. InsyaAllah, dengan mendekatkan diri kepada Allah, hati kita menjadi lembut.
“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)
# Kepada semua kawan2, saya mintak maaf atas silap dan salah.. dan saya maafkan semua kesalahan anda terhadap saya sekiranya ada... I love U all... #
No comments:
Post a Comment