Actually x taw sangat lah nape Adik kena jangkitan sbb saya x dapat info secara details sgt.. Agaknya sebab contact lens atau bendasing2 lain yang nakal nak tumpang kat mata Adik.. Tapi apa2 pon, saya nak share sikit pasal Tips Penggunaan Contact Lens atau Kanta Lekap.. Ni x taw lah ade kaitan ngan apa yang Adik alami sekarang atau tak... Tapi just nak share secara umum je, memandangkan ramai sgt pengguna contact lens termasuklah budak2 sekolah rendah sekarang ni, so, hati2 kalau nak pakai contact lens yer..
TIPS PENGGUNAAN CONTACT LENS
- Pastikan kuku, jari dan telapak tangan bersih semasa nak sentuh contact lens sama ada sebelum pakai atau semasa dah nak tanggalkan
- Cuci lens menggunakan larutan yang khusus sebelum guna dan semasa dah nak simpan dalam bekas.
- Jangan guna air biasa/air paip untuk cuci atau rendam lens
- Jangan pakai lens terlalu lama terutamanya jika terdedah kepada cahaya matahari
- Jangan pakai lens semasa tidur
- Seboleh-bolehnya, elakkan pakai lens semasa berenang, dikhuatiri terkena jangkitan kuman.. Kalau nak pakai jugak, jangan lupa pakai goggle. Keluar je dari air, terus bukak lens
- Cuci bekas simpan lens setiap hari menggunakan larutan khusus
- Pastikan botol larutan multipurpose ditutup selepas digunakan bg mengelakkan pencemaran
- Buang lens mengikut tmpoh penggunaan yang sepatutnya.
- Buang bekas simpan lens sebulan hingga 3 bulan sekali
- Jangan sesekali share lens dengan orang lain
# Kepada Adik, semga cepat sembuh. Nanti bleh kuar hospital cepat2...
No comments:
Post a Comment