Anda Klik Saya Suka.. :)

Tuesday, December 11, 2012

Pusat Urut n Refleksologi yang kebabooommm...

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak share mengenai satu tempat urut @ refleksologi yang pernah saya pergi.. Kalau korang ni orang Negeri Sembilan n tercari-cari kat mana nak mengurut, saya suggest korang pegi r dekat Giant Senawang. Kat dalam tu ada 2 kedai yang menyediakan perkhidmatan urut refleksologi dan urut badan..Tapi yang biasa saya pegi, kat EfesZone @ Belaian Refleksologi... Yang bestnya, pelanggan akan diurut oleh tukang urut OKU mengikut jantina... So, x payah risau lah, pompuan akan diurut oleh pompuan n lelaki akan diurut oleh tukang urut lelaki. Tambahan lagi, kita akan diurut di sebalik tirai.. takde lah kena urut kat  tempat terbuka.. Tak lah malu sangat nak selak2 kat bahagian kaki n betis kan.. Sebab biasanya tempat lain kalau setakat nak urut kaki, mesti juz urut kat tempat terbuka....

Saturday, December 8, 2012

Jahit Manik 3D... :)

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama saya tak update blog.. Bukan apa.. Saya ni jenis tak berapa nak rajin sangat on laptop sekarang ni... Bukan suka2 tapi sebab  dah ada kegilaan baru iaitu menjahit manik 3D... Actually saya ni bukan tukang jahit... n memang tak pandai menjahit... Tapi disebabkan dah jadik penganggur untuk sementara ni, saya belajar jahit manik 3D ni with makcik untuk isi masa lapang..Ni lah hasil pertama jahitan saya... :)

Monday, November 19, 2012

Dunia Tanpa Duit Kertas....

Assalamualaikum...


U olss pernah terfikir tak macam mana kalau dunia sekarang tanpa wang kertas?  Kalau lah dunia ni hanya menggunakan duit syiling je sebagai wang utama, macam mana lah kan? Sekarang ni duit syiling hanya akan dicari bila nak masuk toilet jew.. Iye lah.. Takkan lah kalau nak masuk toilet, nak bayar 20 sen je nak guna duit RM50 kan? Bayangkan kalau dunia ni hanya menggunakan duit syiling macam nilai sekarang ni, (5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen), mesti situasi2 ni akan terjadi kan?
  1. Kalau nak g shopping banyak-banyak, terpaksalah bawak duit syiling berguni-guni... 
  2. Poket seluar asyik koyak je.. Jadi, poket seluar besi akan diperkenalkan sebab lebih kukuh untuk

Segmen : Up Kan Followers Dengan Mendadak

Assalamualaikum...

Di tengahari yang indah ini, saya telah menggodek blog2 milik blogger yang sangat rajin mengupdate blognya... Tengah usha2 blog2 yang ada dalam list, tiba2 ternampak lah blog dari seorang blogger yang awesome iaitu blog Cik Ain. Dalam banyak2 entry, saya tertarik dengan segmen yang Cik Ain ni buat iaitu Segmen : Up Kan Followers Dengan Mendadak. Ni banner yang Cik Ain publish kat post dia... :)

Sebagai seorang blogger yang baru belajar nak berblogging, saya memang tak ramai followers... Sebab saya tak tahu sangat macam mana nak tarik orang datang ke blog ni... Huhu.. Sedih kan... Tapi harap lepas join segmen ni, bilangan followers saya akan bertambah dan bertambah melalui kuasa kasih sayang Cik Ain... Hehe... Nak taw bilangan followers saya sekarang? Korang jangan gelak atau menangis taw.. :p


Hehe.. Ada tak yang menangis? Atau Gelak sakan? Jahat erkkk korang...Takpe.. Harap2 lepas join Segmen : Up kan Followers Dengan Mendadak ni, jumlah followers saya bertambah lagi.. 

TARGET SAYA : Seramai yang boleh... Tapi kalau meningkat ke angka 20 pun dah bersyukur untuk permulaan ni... Kalau dapat 50 atau lebih lagi baik.. :)

Kepada kawan2 blogger yang lain, jom lah join kami... Tak salah mencuba kan.. :) IbnMuhamad, Sang Kancil,.. meh la join...

Kepada penganjur, thanx sebab amek inisiatif untuk tolong blogger2 baru macam saya... :)


Masker yang paling best di dunia.. :)

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak kongsikan mengenai satu produk yang sangat best... Produk ni saya sendiri pakai.. Sangat best... Nak taw produk apa? 
 
TaDaaaaaa!!!
 

Sunday, November 18, 2012

Sedarlah diri ooooiiiii.....!!

Assalamualaikum...

Ish3... Kalau tengok tajuk kat atas tu, nampak macam saya tengah marah n maki2 je kan? Sabar2.. Saya tak marah pun sebenarnya.. Jauh sekali nak maki... Cuma nak sedarkan semua orang dan diri sendiri jew.. Sedar tak.. Sebagai manusia biasa, kita banyak MEMINTA dari Allah, tetapi sejauh mana kita BERSYUKUR dengan apa yang Dia telah bagi? Okeyh2..Tak pick up lagi? Meh saya bagi contoh...

  • KITA MINTA diberi iman, tapi adakah kita jaga iman yang diberi?
  • KITA MINTA dimurahkan rezeki, tapi dari mana datangnya, adakah kita peduli?
  • KITA MINTA pasangan yang baik budi, tapi bila dah dapat adakah kita hargai?
  • KITA MINTA dipanjangkan usia, tapi kadangkala makin kita tua, makin hanyut pula.
  • KITA MINTA diberi kerja, sebelum dapat macam2 janji. Tapi bila dah dapat, janji tinggal janji...
  • KITA MINTA dijauhkan malapetaka, tapi sedarkah kita yang kita sendiri cari bala?
 Kesimpulannya, sekiranya kita dah dapat apa yang kita minta, jangan pula kita lupa siapa yang bagi dan kenapa dia bagi..Teruskan berdoa... Teruskan bersyukur... Yakin diri dan bersangka baiklah dengan Allah...Wallahu'allam...


Penggemar Durian Wajib Baca !!

Assalamualaikum

Bila sebut pasal durian, mesti korang taw macam mana bentuk dan rupanya kan? Kalau tak kenal, tengok kat bawah ni...




Dah kenal dah? hehe..Ramai sebenarnya orang yang suka makan durian ni...Tapi sedar tak sedar, bukan semua orang suka durian taw... Ada orang bila dengar atau tengok rupa durian pon dah bagi respon yang kurang best....Kepada

Saturday, November 17, 2012

Renungan: Jangan Pandang Kulit....

Assalamualaikum...

Jangan Pandang Kulit.. sebab... Allah Memandang Hati...

Jika melihat buah durian
Tentu ngeri lihat kulitnya
Jelas memang duri luarnya
Tapi ternyata manis isinya

Thursday, November 15, 2012

Kelebihan Berambut Botak..

Assalamualaikum..

Sebagai seorang wanita, suka tak kalau pasangan korang berambut botak atau dengan kata lain, xde rambut langsung? Hehe.. Kalau saya, memang tak suka... Macam geli je... Nampak macam perogol atau penjenyah pun ada.. Jahat kan? Tapi.. ada sesetengah orang terpaksa botakkan rambut atas sebab2 tertentu seperti disebabkan kesihatan...Contohnya kalau berbekam.. kadang2 kalau nak bekam bahagian kepala, ada orang lebih senang botakkan terus jew kepala tu.. mungkin nampak lebih kemas berbanding bertompok2 kesan cup bekam tu kan?

Wednesday, November 14, 2012

Madah Cinta Versi Facebook

Assalamualaikum..

Perubahan zaman... dulu surat cintan cintun.. sekarang versi cintan cintun di Facebook... Baca majalah Ujang punya pasal, dapat idea nak kongsikan kat sini... Jom tengok perubahan madah cinta dulu2 dengan madah cinta Facebook versi kartunis2 Ujang.. Hehe

Madah Biasa : Tak dapat tengok orang, tengok bumbung pun jadilah..!
Madah FB : Tak dapat tengok orang, tengok profile pic pun jadi lah.. !

Renungan: Sujudlah...

Assalamualaikum



Di saat kita di dalam jiwa difujurkan oleh Allah kerana tidak redha dengan apa yang berlaku.....SUJUDLAH....

Sunday, November 11, 2012

Costumes yang Super Cute untuk baby



 Assalamualaikum

Tengah2 bosan on9, tetibe jumpa plak gambar baby pakai costumes..comel sangat.. kreatif betul la orang yg mula2 design baju2 nie kan.. Jom tengok.. :)


 1) Angry Bird

Exam datang lagi...

Ish... sedar tak sedar, dah habes dah exam sem ni.. Student Sem 8 a.k.a Sem akhir mesti excited bila exam dah habes kan...sebab dengan berakhirnya exam sem ni, maka berakhirlah exam di IPG.. InsyaAllah... Enty kali ni saya sediakan untuk semua student yang memang tak terlepas dari exam.. Nak taw cam ne saya menghadapi exam pada setiap sem? Hehe.. CheckItOut...:)


Haaa... camni lah saya before exam..

Monday, October 15, 2012

Kisah Analogi Kehidupan

Sekadar berkongsi... Saya amek idea cerita ni dari blog BaitulMuslim..


 Pada suatu hari, seorang ibu sedang mengait sulaman dengan penuh teliti. Memang si ibu mempunyai kepakaran dalam mengait sulaman. Berbagai-bagai objek yang dikait pada kain sulaman tersebut. Sedang si ibu leka menyulam, datang si anak menghampiri ibunya. Memandangkan si ibu duduk di atas kerusi, si anak duduk bersila di atas lantai dan memaksa si anak untuk mendongak ke atas sekiranya ingin memandang atau bercakap dengan ibunya. Semasa memandang pada kain sulaman, si anak mulai hairan apabila melihat benang-benang

Friday, October 12, 2012

Doaku Untukmu Sayang

Doaku Untukmu Sayang by Wali Band... Suka sangat dengar lagu ni.. Bila dengar je, rindu dkt Mr Joy... Hehe.. Jom jiwang sekejap.. :)






Lirik Lagu

Monday, October 8, 2012

Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus - InsyaAllah senang n Menjadi

Puding Karamel atau Puding Gula Hangus benda yang sama jew... Kalau kat kampung, saya panggil puding gula hangus.. tapi bila kat kl, saya panggil puding karamel.. hak3... Senang jew nak buat puding ni... Kos pon rendah... Jom try!

Bahan-bahan

Bahan A
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Bahan B

4 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila (takde pun takpe)

Cara Penyediaan

Bahan A

1) Masukkan 5 sudu besar gula dalam loyang berserta 1 sudu besar air. Letak atas api/dapur. Masak sehingga gula keperangan. Bila dah perang sikit, tambah 1 sudu air lagi dan ratakan pada keseluruhan loyang. Tutup api. Ketepikan



Bahan B

1) Blend/kisar semua bahan B sehingga berbuih
* Kalau secara manual, pukul semua bahan B sehingga kembang


2) Tuang bahan B yang dah siap dikisar ke dalam loyang yang mengandungi Bahan A

 3) Tutup dengan kain atau aluminium foil (tak nak tutup pun takpe). Kukus dalam masa 30-40 minit.

5) Sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu. Kemudian telangkupkan atas pinggan/dulang/bekas yang korang suka



SIAPPPP!! Sudah sedia untuk dimakan... Senang sangat kan... Yang ni berkerut2 sikit sebab saya dah telangkupkan dalam pinggan masa tengah suam... kena tunggu sejuk dulu baru cantik.. :)

Selamat Mencuba..

Sunday, October 7, 2012

Resepi Puding Roti yang sangat2 Mudah..

Assalamualaikum n Selamat Sejahtera...


Kali ni saya nak kongsikan resepi puding roti yang mudah dan InsyaAllah sedap.. Actually banyak versi puding roti ni kan... Tapi saya nak share resepi yang sangat2 senang.. Bahan senang nak dapat... Cara penyediaan pun mudah jew... Apa lagi ...CheckItOut...

Bahan2 :

Friday, October 5, 2012

Mee Tarik Warisan Asli ~ sedap!!

Assalamualaikum..selamat sejahtera...

Hari ni nak saya citer @ nak promote pasal tempat makan yang baru 1st time kitorang pergi.. Kami g dinner (kul 5.30 tu dipanggil dinner dah erkk?) kat Restoran Mee Tarik Warisan Asli..  Restoran ni restoran Chinese Muslim..  Ada sijil halal dekat kaunter pembayaran... Rasa makanan kat restoran ni??  Fuhh.. Sedap sangat..  Memang saya alu-alukan lah korang semua untuk g restoran ni..  Makanan sedap, service pon ok...  Harga?? Memang mampu..  InsyaAllah..

Sunday, September 30, 2012

Resepi Nestum Cheese Cake yang sangat mudah

Assalamualaikum n Selamat Sejahtera semua...

Hari ni nak share resepi Nestum Cheese Cake yang sangat2 senang nak buat.. x payah nak bakar atau kukus.. Resepi ni dapat dari sorang kawan, Tika Shadan.. Dia selalu buat masa PDK dulu..Sedap... 1st trial ni, saya perlukan bantuan Zufazela@zack untuk 'observe' sbb dia pun penah buat masa g PD hari tu.. Alhamdulillah, dessert ni disukai kawan2, family n diri sendiri jugak.... Meh la try buat.. 

Bahan-bahan :

Friday, September 28, 2012

Jom Bermaaf-Maafan

Assalamualaikum... 

Opick - Taubat

Terdengar lagu Taubat by Opick.. Pastu terbaca pulak blog UiTM Kedah mengenai taubat kepada Allah dan bermaaf-maafan sesama manusia.. Dalam blog tu, ada tertulis mengenai satu hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud:

Thursday, September 27, 2012

COntaCt Lens a.k.a KanTa LekaP

Beberapa hari lepas, abang saya tetiba je bagi peringatan kat saya supaya berhati2 kalau nak pakai contact lens.. n katanya jugak, seboleh2nya x payah la pakai contact lens lagi.. Pelik jugak, sebelum ni x de pon dia pesan cm tu walhal skrg ni saya memang jarang sangat pakai contact lens... Dulu2 suka r.. Siap beli yg kaler2 lagi mcm purple, hijau, kelabu, coklat, hitam n biru.. Biasa r.. jiwa remaja..Tapi skrg ni mmg dah sgt2 jarang pakai contact lens...Rupa-rupanya aban bagitau yang wife kawan dia masuk spital sebab jangkitan kuman pada mata disebabkan contact lens. 2 hari lepas abang bg pesanan tu, saya dapat lagi satu sms dari abang

Wednesday, September 26, 2012

Jalan2 + Fizo Omar + Cermin Kereta Kena Pecah !!

Setelah berakhirnya viva, saya n beberapa gegurlz (Peah, Mira, Nik n Liza) keluar jalan2 untuk release tension.. Rasanya dari awal tahun hingga la bulan 9 ni, memang jarang sangat keluar utk enjoy2 dgn kawan2.. Mana taknye, hujung bulan 1 hingga tgh2 bulan 4, bz dgn praktikum.. habes praktikum, 2 minggu masuk kelas, then exam b4 cuti sem.. Masuk jew sem baru, bz plak dgn Internship n Kajian Tindakan..Tu belum masuk dgn kelas n assignment lagi Bz.. Bz.. n Sgt bz..Memang xde life lah sepanjang tahun ni.. 

Viva Oh Viva

Alhamdulillah.. akhirnya tamatlah hari yang ditunggu-tunggu.. Pembentangan Laporan Kajian Tindakan atau lebih dikenali sebagai VIVA di IPGKIK sudahpun berjaya dilalui pada hari Khamis lepas.. (20 September 2012).. Takut woo sebelum nak viva... Tambah2 bila dengar respon dari kawan2 yang dah viva sebelum2 tue...Ada yg kena macam-macam soalan.. Ada yang rilex2 jew.. Actually, takut teringatkan panel2... ape lah agaknya diorang nak tanya masa viva nanti kan... Tapi cuba positifkan diri.. Anggap jew viva tu macam presentation dalam kelas jew.. Tapi bila ada sorang member update status kt FB, ape beza viva dgn pembentangan dlm kelas, ade sorang senior bg respon yg lebih kurangnya berbunyi begini ;

Sunday, September 16, 2012

8 Pahala Yang Berterusan

Anas R.A berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba walaupun telah meninggal dunia iaitu :


1) Mendirikan Masjid selagi masjid tersebut masih digunakan oleh orang ramai untuk beribadat

Cara Lupakan Kekasih Lama


Aduyaaiii... Tengok tajuk pon dah taw yg sy beriya2 nak jadi Dr Cinta kan mlm ni.. Hehe.. Bukan apa, sy juz nak kongsikan dengan semua pembaca2 yg memang betul2 berusaha untuk cuba lupakan bekas kekasih..Tak dinafikan, mmg susah nak lupakan org yg penah kita sayang kan.. Tapi x salah mencuba.. Ni boleh dikatakan tips yg penah sy buat suatu ketika dahulu.. So, sesape yg baru putus cinta especially

Saturday, September 15, 2012

Tempat dan Gaya Tidur yg Kelakar

Assalamualaikum, Salam Sejahtera...

Hari ni nak kongsikan beberapa keping gambar yg diambil dari EN GOOGLE mengenai tempat n gaya tidur yang kelakar.. Hehe.. Agak kelakar kalau benda ni terjadi kat sekeliling kita kan.. Jom.. layannnnnzzzzz.. :)1) Tengok baby kat bawah ni.. agaknya penat sgt kot main n still nak main walaupun ngantok... boleh plak tertido atas rak...

Sunday, September 9, 2012

Budak MC 5 hari VS Nora Danish n Adi Putra

Assalamualaikum n Selamat Sejahtera Semua..

Dah beberapa hari x update blog... Bz ngan assignment.. :) Tp kali ni tetibe nak post pasal budak MC 5 Hari versi Nora Danish n Adi Putra..Penah tgk x sal sorg budak wat rakaman muka sendiri.. yg dia cakap dia sakit mata n dapat MC 5 hari? Dalam tu ade lah diselitkan unsur2 duckface n x lupa monkey face..  Dah lama dah video ni disiar kt Youtube.. Bg yg x penah tgk lagi, boleh rujuk video kat bawah.. :)

Tuesday, September 4, 2012

Oppa Gangnam Style


Gambar sumber Google

Assalamualaikum + Salam Sejahtera
Merujuk tajuk di atas, mesti semua org dah terbayang2 kan tarian n lagu  Gangnam Style ni.. Memang femes r lagu ni sampai kan video asal kat Youtube boleh cecah 95 Juta viewer dalam masa x sampai 2 bulan video tu diupload. Fullamak... Meh layan kejap sambil menari2 .. HAHA

Monday, September 3, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum + Salam Sejahtera

Entry kali ni nak cakap sal raya pulak.. Rasanya belum terlambat lagi nak wish Selamat Hari Raya buat semua.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk beraya bersama keluarga di kampung halaman... Dah kawen nanti, kena gilir2 balik kg suami pulak.. Syukur alhamdulillah jugak, sbb perjalanan pulang ke kampung bersama adik beradik selamat dan berjalan lancar tanpa jem yg teruk. Kalau x, memang

Apa Erti Merdeka = Janji Ditepati VS Janji Dicapati

Assalamualaikum + Salam Sejahtera...

Actually, tak taw nak tulis ape utk 1st entry ni... tp memandangkan baru beberapa hari lepas negara kita menyambut hari MERDEKA yg ke 55, sy rasa nak tulis pasal MeRDeKa lah.. hehe..

Setiap tahun, bila masuk je bulan Ogos, mesti ingat pasal Sambutan Bulan Kemerdekaan.. Kalau kat sekolah, cikgu2 dah sibuk dah pikir event2 yg akan diadakan semasa sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Teringat masa muda2 dulu, (sekarang pun masih muda, ok) bila ada sambutan bulan kemerdekaan, mesti ade pertandingan mewarna, melukis poster, bersajak, berpantun, memasak makanan tradisional n tak lupa juga mesti ada praktis nyanyi lagu2 patriotik. Sekarang pun masih ada lagi kan aktiviti2 ni kat sekolah..