Anda Klik Saya Suka.. :)

Sunday, September 30, 2012

Resepi Nestum Cheese Cake yang sangat mudah

Assalamualaikum n Selamat Sejahtera semua...

Hari ni nak share resepi Nestum Cheese Cake yang sangat2 senang nak buat.. x payah nak bakar atau kukus.. Resepi ni dapat dari sorang kawan, Tika Shadan.. Dia selalu buat masa PDK dulu..Sedap... 1st trial ni, saya perlukan bantuan Zufazela@zack untuk 'observe' sbb dia pun penah buat masa g PD hari tu.. Alhamdulillah, dessert ni disukai kawan2, family n diri sendiri jugak.... Meh la try buat.. 

Bahan-bahan :

1 tin susu pekat manis
12 keping cheese (macam cheese utk letak kat burger tue)
Biskut marie
Nestum

Cara- Caranya :

1) Masukkan 12 keping cheese dalam 1 bekas dan hancurkan. Kalau nak cincang2 dulu pastu baru masukkan dalam bekas pon boleh.. 



2) Masukkan 1 tin susu pekat dan gaulkan bersama cheese yang dah hancur. Kalau taknak manis sangat, letak 3/4 pun dah cukup..



3) Tuang nestum ke dalam acuan yang sama dan gaulkan biar sebati. Sukatan nestum ni saya x pasti brape banyak sebab saya terus tuang dari plastik. Pastikan adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Kalau terlalu pekat, tambah susu sikit. Kalau terlalu cair, tambah nestum.



 4) Bila acuan dah siap, sediakan satu bekas lain, x kesah la apa2 bentuk atau jenis untuk penyediaan kek. Susun biskut marie dalam bekas tu okey.



5) Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit adunan tadi ke dalam bekas yang berisi biskut dan ratakan. Jangan terlalu tebal, sebab takut x cukup untuk buat 2nd layer nanti.. Make sure adunan tu menutup rupa biskut dah cukup.

*sebelum siap diratakan


*selepas diratakan


6) Dah siap ratakan, susun biskut marie atas layer tu. Buat 2nd layer plak.



7) Masukkan lebihan adunan dan ratakan (macam step 5 tadi)


8) Tabur dan ratakan nestum atas 2nd layer yang dah siap tu. Pastu simpan dalam peti at least semalaman untuk hasil yang baik. Saya sejukkan 36 jam. Make sure tutup bekas tu taw. Takut masuk plak benda2 lain atau bau yang x diingini meresap pada kek tu.


9) Potong dan sedia untuk dimakan.. Siap sudah bah..



SELAMAT MENCUBA..

6 comments:

  1. Ya amat senangnya..boleh cuba hr ni

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak pasti plak mcm mana kalau pkai mozarella.. x pnh cuba.. tp kalau awak ada cuba, gtaw lah feedback k.. share2

      Delete